Keikhlasanmu Guru
(daripada guru kepada guru-guruku)
Inginku selami hatimu guru,
Mengenal keperibadian murnimu,
Betapa dirimu dalam ketabahan,
Gigih menggenggam tanggungjawab,
Tiada kedengaran bosan di bibir.
Ingin sekali aku menjadi sepertimu guru,
Tiada kelihatan jemu rautmu,
Tak pernah kenal erti penat,
tidak meminta puji dan puja,
Memancarkan sinar ilmumu sepenuh rela.
Kini telah aku buktikan,
Betapa aku adalah sepertimu.
Kini bersamalah kita,
Mengharungi dugaan dan cabaran,
Jujur dan ikhlas kita berbakti,
Bersama menadah tangan dengan doa restu,
Kepada Tuhan menjanjikan pembalasan.

KRAF KITAR SEMULA



Sumbangkan sesuatu untuk bumi kita. Amat mudah iaitu dengan KRAF KITAR SEMULA. Kitar dan guna semula bahan / barang lama amat baik untuk alam sekitar.

Pelbagai jenis bahan di sekeliling kita dapat dikitar semula.

  • 1. Kertas dan Kadboard
  • 2. Jeans Lama
  • 3. CD Rosak
  • 4. Peralatan / Perkakasan Rumah
  • 5. Barangan plastik, Tin dan Kaca

KRAF KANAK-KANAK

Terokai pelbagai jenis kraf mudah dan kreatif yang sesuai untuk murid-murid Tahun 1 hingga 6. Lengkap dengan langkah demi langkah untuk panduan guru.


Anda guru Pendidikan Seni? Dapatkan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni dan Visual di sini.

;;