Aidilfitri bagai tidak sempurna tanpa ketupat, lemang dan rendang. Juadah wajib pasti terhidang setiap kali Aidilfitri dirai.
Biskut / kuih raya pula menjadi pelengkap kepada si ketupat, lemang dan rendang. Jika Si Ketupat punya falsafah tersendiri, Si Biskut Raya juga ada nilai seninya. Ia bukan sekadar tepung, mentega, gula, telur mahupun serbuk penaik atau ditambah aksesori lain seperti serbuk koko, manik urai, atau pelbagai jenis kekacang sama ada tempatan atau diimport.
Pelbagai hasil seni akan terserlah pada setiap biskut yang dihasilkan.(menggambarkan betapa kreatifnya si pembuat biskut?).

Berita Harian - Jumaat, 26 Jun
Ibu bapa seharusnya memberi sokongan dan galakan kepada anak yang menunjukkan minat terhadap bidang seni lukis kerana ia boleh dijadikan kerjayamenjamin masa depan jika dibangunkan secara profesional, kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Katanya, kurang memberi perhatian dan galakan kepada anak yang berminat dalam bidang itu kerana menganggap kerjaya sebagai pelukis tidak menjamin masa depan.

Keikhlasanmu Guru
(daripada guru kepada guru-guruku)
Inginku selami hatimu guru,
Mengenal keperibadian murnimu,
Betapa dirimu dalam ketabahan,
Gigih menggenggam tanggungjawab,
Tiada kedengaran bosan di bibir.
Ingin sekali aku menjadi sepertimu guru,
Tiada kelihatan jemu rautmu,
Tak pernah kenal erti penat,
tidak meminta puji dan puja,
Memancarkan sinar ilmumu sepenuh rela.
Kini telah aku buktikan,
Betapa aku adalah sepertimu.
Kini bersamalah kita,
Mengharungi dugaan dan cabaran,
Jujur dan ikhlas kita berbakti,
Bersama menadah tangan dengan doa restu,
Kepada Tuhan menjanjikan pembalasan.

KRAF KITAR SEMULA



Sumbangkan sesuatu untuk bumi kita. Amat mudah iaitu dengan KRAF KITAR SEMULA. Kitar dan guna semula bahan / barang lama amat baik untuk alam sekitar.

Pelbagai jenis bahan di sekeliling kita dapat dikitar semula.

  • 1. Kertas dan Kadboard
  • 2. Jeans Lama
  • 3. CD Rosak
  • 4. Peralatan / Perkakasan Rumah
  • 5. Barangan plastik, Tin dan Kaca

KRAF KANAK-KANAK

Terokai pelbagai jenis kraf mudah dan kreatif yang sesuai untuk murid-murid Tahun 1 hingga 6. Lengkap dengan langkah demi langkah untuk panduan guru.


Anda guru Pendidikan Seni? Dapatkan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni dan Visual di sini.

SENI ORIGAMI



Seni Lipatan Jepun (Origami) amat digemari dalam pengajaran Pendidikan Seni dan Visual.

Maklumat tambahan :

www.origami-resource-center.com/free-origami-instructions.html

PAMERAN LUKISAN



Seramai 20 orang murid Tahap 1 dan Tahap 2 SK Balik Pulau telah terpilih menyertai Pertandingan Melukis dan Pameran Lukisan Malaysia-Jepun 2009. pelbagai tema telah menjadi pilihan mereka. Antaranya haiwan, alam semulajadi dan corak abstrak.

;;