Aidilfitri bagai tidak sempurna tanpa ketupat, lemang dan rendang. Juadah wajib pasti terhidang setiap kali Aidilfitri dirai.
Biskut / kuih raya pula menjadi pelengkap kepada si ketupat, lemang dan rendang. Jika Si Ketupat punya falsafah tersendiri, Si Biskut Raya juga ada nilai seninya. Ia bukan sekadar tepung, mentega, gula, telur mahupun serbuk penaik atau ditambah aksesori lain seperti serbuk koko, manik urai, atau pelbagai jenis kekacang sama ada tempatan atau diimport.
Pelbagai hasil seni akan terserlah pada setiap biskut yang dihasilkan.(menggambarkan betapa kreatifnya si pembuat biskut?).

;;